FTWOZ ENT

Ahad, 22 Mei 2011

Berita

FAMA Sasar Nilai Jualan Pasar Tani RM1 Bilion
KEMAMAN, 20 Mei (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan pasar tani di seluruh negara pada tahun ini meningkat kepada RM1 billion daripada RM558 juta tahun lepas.

Pengarah Kanan (Pembangunan Usahawan) FAMA, Mansor Omar, berkata pada tahun ini FAMA juga berharap dapat mewujudkan 30 lagi tapak Pasar Tani.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani, Chukai, berhampiran Padang Astaka di sini pada Jumaat yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Anggota Parlimen Kemaman, beliau berkata sambutan orang ramai terhadap pasar tani amat menggalakkan disebabkan pelbagai bekalan makanan segar seperti ikan dan sayur dapat diperoleh dengan mudah di situ dengan kualiti bermutu tinggi.

Katanya pasar tani juga menjadi satu medium untuk FAMA mengatasi masalah lambakan buah setiap kali tiba musim buah-buahan .

"Pada tahun ini kita menjangkakan musim buah-buahan akan berlaku di sekitar bulan Julai atau Ogos dan kita telah menyiapkan beberapa strategi bagi mengatasi masalah lambakan buah selain memasarkannya di pasar tani," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan